Majlis Belia Malaysia 2011 Writing Competition (categories: essay, short story, poetry)

09 April 2011
Majlis Belia Malaysia 2011 Writing Competition (categories: essay, short story, poetry)
Deadline: 16 May 2011

Sempena sambutan Hari Belia Negara 2011, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Sayembara Penulisan dalam Talian.

Sayembara yang terdiri daripada lima kategori iaitu kuiz, cerpen, puisi, esei dan pantun ini akan berlangsung bermula pada 1 April 2011 hingga 16 Mei 2011.

A. POETRY

Syarat Penyertaan Sayembara Puisi dalam Talian Hari Belia Negara 2011

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka mempelawa karyawan yang berminat menulis Puisi yang bertemakan belia menyertai Sayembara Penulisan dalam Talian sempena Hari Belia 2011.

Semua puisi hendaklah dihantar kepada puisi@sayembara.net mengikut syarat-syarat pertandingan seperti di bawah.

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada belia warganegara Malaysia yang berusia 16-40 tahun pada 1 Januari 2011.

2. Puisi boleh dihantar kepada puisi@sayembara.net atau mengisi borang penyertaan yang disediakan. Setiap Penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran berikut:

i. Nama Penuh
ii. No. Kad Pengenalan
iii. No. Telefon
iv. Tarikh Lahir
v. Biodata Ringkas
vi. Sekeping gambar berukuran pasport dalam bentuk JPEG
vii. E-mel
viii. Alamat

3. Puisi yang dihantar mestilah ASLI dan tidak diciplak daripada mana-mana karya lain. Sekiranya didapati puisi tersebut diciplak atau telah tersiar dalam mana-mana penerbitan atau memenangi mana-mana sayembara, maka kemenangan tersebut boleh dibatalkan.

4. Setiap penyertaan puisi hendaklah:
i. Bertemakan Belia dan 1 Malaysia
ii. Ditulis dalam bahasa kebangsaan (bahasa Melayu).

5. Tarikh akhir penerimaan pada 16 Mei 2011, pukul 11.59 malam.

6. Pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman web www.belia2011.org dan www.sayembara.net tidak lewat daripada sebulan selepas tarikh akhir penerimaan.

7. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan semula puisi yang memenangi hadiah sayembara dalam bentuk buku dan secara dalam talian.

8. Penganjur berhak menukar hadiah buku kepada apa-apa sahaja hadiah barangan lain.

9. Setiap keputusan panel juri adalah muktamad.

B. SHORT STORY

Syarat Penyertaan Sayembara Cerpen dalam Talian Hari Belia Negara 2011

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka mempelawa karyawan yang berminat menulis cerpen yang bertemakan belia menyertai Sayembara Penulisan dalam Talian sempena Hari Belia 2011.

Semua cerpen hendaklah dihantar kepada cerpen@sayembara.net mengikut syarat-syarat pertandingan di bawah.

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada belia warganegara Malaysia yang berusia 16 - 40 tahun pada 1 Januari 2011.

2. Cerpen boleh dihantar kepada cerpen@sayembara.net. Setiap Penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran berikut:

i. Nama Penuh
ii. No. Kad Pengenalan
iii. No. Telefon
iv. Tarikh Lahir
v. Biodata Ringkas
vi. Sekeping gambar bersaiz pasport dalam bentuk JPEG
vii. E-mel
Viii. Alamat

3. Cerpen yang dihantar mestilah ASLI, dan tidak diciplak daripada mana-mana karya lain. Sekiranya didapati cerpen tersebut diciplak, kemenangannya boleh dibatalkan.

4. Setiap peserta hanya boleh menghantar tidak lebih daripada dua (2) buah cerpen karya sendiri yang belum pernah memenangi sebarang sayembara dan tidak pernah diterbitkan.

5. Cerpen yang dihasilkan hendaklah sekitar 10 - 16 halaman bersaiz A4. Karya hendaklah ditaip langkau dua baris (saiz fon: 12 / jenis fon: Arial atau Times New Roman).

6. Cerpen hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dan bertemakan belia.

7. Tarikh akhir penerimaan pada 16 Mei 2011, pukul 11.59 malam. Pihak penganjur akan memaklumkan kepada penulis sebaik-baik sahaja menerima cerpen yang dihantar.

8. Pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman web www.belia2011.org dan www.sayembara.net tidak lewat daripada sebulan selepas tarikh akhir penerimaan.

9. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan semula esei yang memenangi hadiah sayembara dalam bentuk buku dan secara dalam talian.

10. Penganjur berhak menukar hadiah buku kepada apa-apa sahaja hadiah barangan lain.

11. Setiap keputusan hakim adalah muktamad.

C. ESSAY

Syarat Penyertaan Sayembara Esei dalam Talian Hari Belia Negara 2011

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka mempelawa karyawan yang berminat menulis esei yang bertemakan belia menyertai Sayembara Penulisan dalam Talian sempena Hari Belia Negara 2011.

Semua esei boleh dihantar kepada artikel@sayembara.net mengikut syarat-syarat pertandingan di bawah.

Syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada belia warganegara Malaysia yang berusia 16-40 tahun pada 1 Januari 2011.

2. Esei boleh dihantar kepada artikel@sayembara.net atau mengisi borang penyertaan yang disediakan. Setiap Penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran berikut:

i. Nama Penuh
ii. No. Kad Pengenalan
iii. No. Telefon
iv. Tarikh Lahir
v. Biodata Ringkas
vi. Sekeping gambar berukuran pasport dalam bentuk JPEG
vii. E-mel
viii. Alamat

3. Esei yang dihantar mestilah ASLI dan tidak diciplak daripada mana-mana karya lain. Sekiranya terdapat pandangan orang lain atau rujukan sumber lain ia hendaklah dinyatakan secara langsung atau mengikut format tertentu. Sekiranya didapati esei tersebut diciplak, kemenangannya boleh dibatalkan.

4. Esei hendaklah ditulis dalam bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) dan bertemakan belia.

5. Tarikh akhir penerimaan pada 16 Mei 2011 pukul 11.59 malam.

6. Pengumuman pemenang akan dibuat melalui laman web www.belia2011.org dan www.sayembara.net tidak lewat daripada sebulan selepas tarikh akhir penerimaan.

7. Pihak penganjur mempunyai hak mutlak untuk menerbitkan semula esei yang memenangi hadiah sayembara dalam bentuk buku dan secara dalam talian.

8. Penganjur berhak menukar hadiah buku kepada apa-apa sahaja hadiah barangan lain.

9. Setiap keputusan hakim adalah muktamad.

More information here.
  • Apply for The Camac - Fondation Tenot Writers Residency in France
    Deadline: 20 June 2011Since 1999, Camac Art Centre with Fondation Ténot has promoted creativity and international exchange in the artist community. Camac and…
  • English Instructor Associate (Filipino) Needed by Neung Yule Eduphone Inc. (Q.C., Philippines)
    ENGLISH INSTRUCTOR ASSOCIATERequirements: * Knowledgeable in computer & internet applications * Good oral & written English communication skills *…
  • Paying Market: Deadcore Extreme Zombie Anthology
    Comet Press is seeking novelette/novella length stories for a extreme zombie themed anthology to be published in August 2010 (trade paperback). We are looking for…
Related Opportunities:
Ranked: 500 highest-paying publications for freelance writers
The Freelance 500 Report (2015 Edition, 138 pages) profiles the highest-paying markets, ranked to help you decide which publication to query first. The info and links in this report are current. Details here.