Deadline: 15 May 2011
Topik utama
“Jika dibandingkan dengan sistem ekonomi terancang berteraskan sosialisme, adakah sistem ekonomi liberal berteraskan pasaran bebas lebih serasi dengan nilai-nilai moral atau agama?”
Malaysia kini sedang menjalani satu proses transformasi ekonomi. Melalui Model Baru Ekonomi (New Economic Model – NEM) dan Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme – ETP), pelbagai usaha sedang dijalankan untuk membuka ekonomi negara agar menjadi sebuah pasaran yang lebih liberal. Semua ini dilakukan untuk membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Usaha transformasi ini dilihat mempunyai sekurang-kurangnya sedikit perbezaan berbanding semangat pentadbiran ekonomi yang diamalkan di negara kita sebelum ini. Ada yang mengatakan bahawa Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu usaha untuk merancang ekonomi negara secara berpusat. Perancangan secara berpusat (central planning) merupakan antara ciri utama sistem ekonomi sosialis.
Sejauh manakah usaha meliberalisasikan pasaran selaras dengan nilai-nilai moral dan etika, atau nilai-nilai agama? Perbincangan boleh memfokuskan kepada hanya konteks moral dan etika yang tidak terikat kepada mana-mana agama, atau memilih mana-mana agama (tidak semestinya satu sahaja) sebagai topik perbincangan, atau kedua-duanya sekali.
Para peserta dinasihatkan untuk merujuk kepada esei-esei Templeton yang telah diterjemahkan di sini atau esei-esei asal dalam Bahasa Inggeris di sini. Bagaimanapun, para peserta tidak semestinya menjadikan esei-esei ini sebagai rujukan.
Hadiah
Tempat pertama: RM2000
Tempat kedua: RM1500
Tempat ketiga: RM1000
Penghargaan khas: Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga, serta tiga lagi esei terbaik akan turut mendapat hadiah buku dan tempat percuma untuk menghadiri Akademi Merdeka anjuran IDEAS.
Tarikh tutup
Semua esei mestilah diterima sebelum jam 3 petang, 15 Mei 2011.
Cara menghantar esei
Sila nyatakan di muka hadapan
* nama penuh
* alamat perhubungan
* nombor telefon
* alamat email
* tarikh lahir
* tempat belajar atau bekerja
dan hantarkan esei anda dalam bentuk Microsoft Word melalui email kepada esei2011@ideas.org.my
Syarat penyertaan
1. Penyertaan terbuka kepada semua yang berumur di bawah 26 tahun pada 31 Disember 2011.
2. Penyertaan mestilah dalam Bahasa Melayu.
3. Esei yang dihantar mestilah tidak lebih daripada 2000 perkataan, tidak termasuk senarai rujukan dan nota kaki.
4. Pertandingan ini dibuka kepada semua tanpa had kewarganegaraan atau permastautinan.
5. Semua penyertaan mestilah karya asal penulis.
6. Semua esei yang diterima oleh penganjur dianggap menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan esei-esei tersebut untuk apa-apa tujuan.
7. Peserta boleh menggunakan gambar rajah atau ilustrasi / lukisan dalam esei yang disertakan jika sesuai.
8. Semua penyertaan mestilah dihantar dalam format Microsoft Word.
9. Kakitangan IDEAS tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.
10. Bukti penghantaran bukan bukti penerimaan. Penganjur akan menghantar pengesahan bagi setiap esei yang diterima. Sekiranya peserta tidak menerima pengesahan dalam masa tiga hari daripada tarikh penghantaran, sila hubungi penganjur untuk maklumat lanjut.
11. Semua peserta menerima bahawa keputusan penganjur adalah muktamad.
Kriteria penghakiman
Semua esei akan dihakimi berdasarkan tiga kriteria:
1. kualiti kajian dan bahan rujukan (1/3 daripada markah penuh)
2. kualiti analisa (1/3 daripada markah penuh)
3. tatabahasa, kreativiti dan reka corak persembahan esei (1/3 daripada markah penuh)
Maklumat lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Munirah Hayati Muhtar melalui emel munirah@ideas.org.my
More information here.