Deadline: 15 June 2012
1 Malaysia Letter Writing Contest is open to all students from Standard Three to Form Five. Prize money amounting to RM30,000 in the form of premium savings certificates awaits the winners. The contest is jointly organised by Pos Malaysia Berhad and the Malaysian Communication and Multimedia Commission, with the co-operation of the Information Communication and Culture Ministry and the Education Ministry.
MAKLUMAT PERTANDINGAN
a) Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini dibuka kepada para pelajar sekolah rendah Tahun 3 hingga Tahun 6 (Kategori A), para pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Kategori B) dan para pelajar sekolah menengah Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (Kategori C) di seluruh Malaysia.
b) Pertandingan ini dibuka dari 1 April 2012 hingga 15 Jun 2012.
c) Penyertaan hanya dibenarkan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
d) Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut:
i. Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga Tahun 6): Tulis sepucuk surat kepada rakan anda menceritakan tentang amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda.
ii. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3): Tulis sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian pada hari ini.
iii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5): Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.
e) Format surat adalah SURAT TIDAK RASMI.
f) Bukti tarikh penghantaran pos tidak akan diambil kira sebagai bukti penerimaan. Pihak penganjur dan agensi-agensi yang terlibat tidak akan bertanggungjawab ke atas penyertaan yang hilang, lambat, dicuri, rosak atau disalah alamatkan.
g) Semua keputusan pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
h) Semua surat penyertaan yang diterima oleh penganjur menjadi hakmilik penganjur dan penganjur boleh menggunakan surat-surat penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan.
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
a) Para pelajar yang ingin menyertai mestilah merupakan warganegara Malaysia.
b) Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar 1 penyertaan sahaja.
c) Penyertaan mestilah sampai selewat-lewatnya pada 15 JUN 2012 kepada Sekretariat Pertandingan.
d) Surat yang ditulis mestilah mengikut tema yang ditetapkan di perenggan 1 (d).
e) Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati surat yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan akan dibatalkan serta-merta.
f) Surat mestilah ditulis dalam Bahasa Malaysia sahaja.
g) Surat mestilah bertulis tangan, kemas, dan mudah dibaca. Tidak dibenarkan sama sekali menggunakan mesin taip atau komputer.
h) Surat yang ditulis mesti mengandungi jumlah patah perkataan mengikut kategori seperti yang berikut:
i) Kategori A: Sekolah Rendah - 200 hingga 350 patah perkataan
ii) Kategori B: Sekolah Menengah Rendah - 500 hingga 750 patah perkataan
iii) Kategori C: Sekolah Menengah Atas - 850 hingga 1000 patah perkataan
i) Borang penyertaan boleh didapati di laman web Pos Malaysia (www.pos.com.my) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (www.skmm.gov.my).
j) Surat dan borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah diposkan kepada:
Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur
k) Sila sertakan sampul surat kosong bersaiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM0.80 untuk pihak penganjur mengirimkan sijil penyertaan. Satu sampul surat untuk satu sijil penyertaan sahaja.
l) Setiap penyertaan mestilah disahkan/dicop oleh pihak sekolah.
m) Penyertaan yang dihantar melalui serahan tangan kepada Sekretariat Pertandingan tidak akan diterima.
n) Sila nyatakan kategori anda di sudut atas kiri sampul surat penyertaan anda.
o) Sijil penyertaan TIDAK AKAN diberi sekiranya:
i) Tiada sampul surat kosong beralamat sendiri
ii) Tiada setem bernilai 80 sen.
iii) Alamat rumah/sekolah yang tidak lengkap
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan
KRITERIA PENGHAKIMAN
Keseluruhan surat yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skima pemarkahan berikut:
i) Takrif Tajuk = 10 markah
ii) Idea = 40 markah
iii) Bahasa = 30 markah
iv) Olahan = 20 markah
Keseluruhan = 100 markah
Download: full terms and conditions, entry form
CONTACT INFORMATION:
For inquiries: contact the Secretariat at 03-2267 2206 or surat1malaysia@pos.com.my
For submissions: Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012, P.O. Box 1000, 50796 Kuala Lumpur
Website: http://pos.com.my/